Percuma: Teknik Power Buat Prospek Setuju Beli Walau Simkad Harga Mahal

 

 

Fuh… mahalnya simkad awak jual ni??

 

 

 

Ini perkara biasa yang prospek anda fikirkan apabila mereka dapat tahu harga simkad ini terasa mahal bagi mereka. Ini normal, simkad dari telco lain murah saja tiba2 simkad tone excel ini harga jejak RM90 ke RM120 tanda harganya.

 

 

 

Kan.. 

 

 

 

Takpa, jika anda risau prospek anda mengeluh atau tak mahu beli sebab harga simkad ni terlalu mahal.. Saya akan tunjukkan cara untuk buat mereka rasa simkad ni terasa murah saja.

 

 

 

Ok mahu tahu caranya? Teruskan bacaan dibawah:

 

 

 

Kita gunakan teknik testimoni.

Yup, teknik ni sangat berkesan untuk buatkan prospek anda kembali berminat untuk beli simkad ni dan jika kena pada caranya, mereka pula yang tak sabar sabar nak beli simkad ini daripada anda.

 

 

 

Ingat..

 

 

 

Nak gunakan teknik testimoni ada caranya, bukan main tepek je pada prospek anda. Jika silap cara saya jamin prospek anda tetap takkan respon untuk beli simkad ini.

 

Testimoni anda mestilah ada menunjukkan perbualan antara anda dengan downline anda yang telah berjaya dan ia diikuti dengan soalan seperti dibawah..

 

 

 

 

Cuba lihat contoh testimoni dalam bentuk soalan dibawah:

 

 

 

Anda:Salam tuan, setelah 3 bulan tuan buat bisnes tone excel ni dan dah dapat pun hasil komisennya, tuan rasa berbaloi tak simkad yang tuan beli dengan harga RM120 ni?

Downline anda:Wasalam bos, Berbaloi baloi sangat bos! Dah balik modal pun rm120 tu dan setiap bulan ada je komisen topup masuk kt akaun saya. Syukur sangat saya bos^_^

 

Perbualan ini adalah antara anda dengan downline anda diwasap. Setelah anda dapat testimoni daripada downline anda yang dah berjaya..  anda gunakan testimoni ni pada prospek anda.

 

Saya YAKIN dan berani REKEMEN untuk anda gunakan testimoni seperti ni sebab boleh katakan 89% yang tak mahu beli simkad ni akan tertarik semula untuk beli setelah baca testimoni tersebut.

 

Ok, sekarang macam mana pulak anda belum ada downline lagi yang dah berjaya? Senang jer.. Anda minta la testimoni daripada upline anda. Gunakan skrip yang sama diatas. Saya pasti upline anda akan cakap sangat2 berbaloi join tone excel ni.

 

Ok itu sahaja, saya ucapkan moga anda berjaya dengan bisnes tone excel ni ok.  ^_^